Monday, October 12, 2015

TAKAFUL??? KENAPA SAYA PERLU???

Assalamualaikum dan salam sejahtera...



‎Skim Takaful bukan seperti mana yang anda fikirkan, bukan sekadar seorang agent mengetuk pintu rumah anda untuk menjual polisi bagi melindungi anda daripada sebab kemalangan sahaja.

Skim Takaful adalah lebih daripada itu, ianya memberi jaminan perlindungan apabila kita meninggal dunia dengan manfaat Khairat dibayar pada waris kita. Tetapi berapa ramaikah diantara kita sudah mendapatkan perlindungan ini? Rata-rata yang kita lihat, masih ramai lagi di antara kita yang tiada perlindungan Takaful. Apakah sebabnya?

1) Tiada pengetahuan langsung.. apa itu Takaful..
2) Mereka rasakan Takaful itu tidak perlu.. dan melihat ianya sebagai bebanan bayaran tambahan yang perlu dikeluarkan.. selain dari bil-bil yang telah sedia ada.. Adakah mereka tahu bahawa jika mereka bermula lebih awal… semasa muda.. mereka mendapat lebih manfaat perlindungan berbanding semasa mereka sudah tua kelak..

Berikut adalah alasan kenapa kita memerlukan Takaful
Alasan 1
Adakah kita mempunyai berbagai-bagai bil atau bayaran hutang yang perlu di lunaskan pada setiap bulan?? Ini adalah alasan besar kenapa kita memerlukan Takaful supaya segala bayaran bil dan hutang tadi terbayar andainya kita telah tiada.. dan waris kita tidak dibebani lagi oleh hutang kita.

Alasan 2
Anda muda, gagah dan sihat sekarang? Tiada berpenyakit? Jadi inilah masa yang terbaik untuk mendapatkan Takaful. Bayaran sumbangan anda adalah kecil bermula dari sekarang hingga anda berumur 65 tahun.. dan ianya adalah sebagai simpanan persaraan anda nanti.. lagi awal anda bermula takaful adalah lebih bagus… kerana anda tidak perlu risau lagi jika anda mendapat penyakit yang serious akan datang .., kerana anda telah dilindungi Takaful… Orang yang sudah berpenyakit memang tiada sebarang syarikat insuran atau takaful yang akan menerimanya. Kata orang.. ambillah pelan Takaful sekarang… semasa ia menerima kita, jangan sampai semua syarikat takaful dan insuran sudah tidak menerima kita apabila kita telah menghidap penyakit.. ketika itu kita akan menyesal kelak….

Alasan 3
Adakah anda berkahwin? Adakah anda sayang isteri anda? Jadi.. perlukah anda tinggalkan isteri dan anak-anak anda dengan kesusahan setelah ketiadaan anda? Bayangkan jika kita tiada perlindungan Takaful, ditakdirkan kita mengidap kanser 6 bulan akan datang… dan meninggal selepas 18 bulan kemudian. Kita terpaksa tinggalkan isteri dan 2 orang anak kita meneruskan hidup mereka dengan ketiadaan sumber kewangan… bagaimanakah mereka hendak menyara hidup mereka? Membayar bil-bil dan hutang peninggalan kita… Inikah yang patut kita tinggalkan untuk mereka? Cuba fikir-fikirkan….Banyak lagi alasan-alasan lain kenapa kita perlukan Perlindungan Takaful!

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya melalui Whatsapp ke 019-7784616 atau call.

Thursday, January 29, 2015

PILIHAN DI TANGAN ANDA!!!

Assalam.. Bismillah..

Pandangan Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam

Pihak kementerian kesihatan masih belum membuat pengumuman rasmi tentang kenaikan ini dan masih berbincang dengan pihak kastam berkenaan cukai GST sektor kesihatan. Bagaimanapun beliau menganggarkan kenaikan 5% dalam kos perubatan kelak.

Sudah diketahui umum bahawa semua kos akan meningkat. Jadi apakah persiapan anda untuk menghadapi kenaikan kos-kos ini??

Pilihan di Tangan Anda!!!


Jadi, pilihan yang anda ada :

1) Membayar tambahan 5% dari peningkatan kos hospital sedia ada.
2) Menunggu di hospital-hospital kerajaan.
3) Kongsi kos bersama dengan sistem Takaful, AIA Public Takaful Berhad melalui pelan Medikal kad keluarga tanpa had.

Kad Terbaik A Life Med Regular-i (Standalone) atau A Lifelink-i.
Sekiranya anda memilih pilihan no 3, cepat-cepat hubungi saya di syful_nizan@yahoo.com.com atau 019-7784616 sebelum terlewat.

Friday, July 11, 2014

PRODUK BARU : MEDIKAL KAD A-LIFE MED REGULAR-I

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan mengekalkan ciri-ciri lama A-Medik seperti Pelan Keluarga, Tiada Had Seumur Hidup, kini AIA Public Takaful memperkenalkan produk yang baru iaitu A-Life Med Regular-i yang mempunyai keistimewaan yang optimum untuk pelanggannya. Ciri-ciri yang ada adalah seperti berikut:-

Kemasukan Hospital dengan kemudahan “Just Swipe”

Proses kemasukan hospitan dengan "Just Swipe" dan tidak perlu menunggu lama. (Tertakluk kepada hospital yang mempenyai kauter khas AIA)

Perlindungan Pilihan untuk Keluarga Anda

Seperti A-Medik, A-Life Med Regular-i mengekalkan pelan keluarga tanpa had. Pelan ini juga mendapat lebih kepada penjimatan kerana melindungi seisi keluarga dengan faedah tersendiri.

Tiada Ko-takaful dan ko-payment untuk Jumlah Tuntutan sehingga Had Tahunan

Bil rawatan akan dibayar mengikut jumlah Had Tahunan dan tiada ko-takaful seperti sebelum ini (A-Medik). Tiada ko-payment dikenakan jika anda upgrade bilik (sama seperti A-Medik).

Tiada Had Seumur Hidup

Satu-satunya pelan di Malaysia yang tiada had seumur hidup. Anda tidak perlu risau dengan kenaikan kos perubatan yang meningkat 15% setiap tahun.

Had Tahunan meningkat setiap 2 tahun

Satu lagi keistimewaan A-Life Med Regular-i ialah had tahunan akan meningkat 5% daripada had tahunan asal setiap 2 tahun untuk 20 tahun (Tertakluk kepada Terma & Syarat).

Program Rujukan Bantuan Kecemasan (REA) USD 1 Juta setiap Kejadian

Nikmati perkhidmatan di seluruh dunia dengan menelefon talian perkhidmatan 24 jam.

Jadual Faedah A-Life Med Regular-i


Sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya:
Telefon: 019-7784616
emailkan: syful_nizan@yahoo.com

ALHAMDULILLAH.. SYUKUR DIPERMUDAHKAN..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Salam Ramadhan, harap tidak lambat untuk mengucapkannya.. Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana dipermudahkan segala urusan ketika melaksanakan ibadah UMRAH tempohari. Berikut saya sertakan gambar-gambar kenangan sewaktu saya di sana. Gembira, teruja, sedih, pilu, sayu semuanya ada hanya Allah dan mereka yang pernah ke Mekah dan Madinah sahaja yang tahu perasaan. Harap dapat pergi lagi suatu masa nanti. InshaAllah..











Tuesday, June 10, 2014

BERCUTI MENUNAIKAN IBADAH UMRAH DAN ZIARAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perhatian kepada semua rakan-rakan takaful, bermula 11 Jun 2014 hingga 24 Jun 2014 dengan izinNya, inshaAllah saya akan berada di Tanah Suci Kota Mekah  dan Madinah untuk menunaikan Ibadah Umrah dan Ziarah.

Sehubugan dengan itu, saya ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf jika berlaku kesulitan dan kesilapan dari pihak saya. Doakan perjalanan ibadah saya diberkati oleh Allah SWT dan diberi kesihatan dan keselamatan disepanjang melakukan ibadah Umrah tersebut.

Sekian, terima kasih.